FRASA BERBUNGA <3

Posted in Uncategorized on May 27, 2010 by efah

aku ingin engkau slalu
hadir dan temani aku
disetiap langkah
yang meyakiniku
kau tercipta untukku – Ungu ; Tercipta Untukku

Kau umpama bunga
yang mekar di hatiku
Ku harap kau mekarlah
selama-lamanya – May; Cintamu Mekar Di Hati

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru-Hujan ; Ku Mahu Kau Tahu
 
Akulah cintamu akulah kekasihmu
Yang selama ini slalu bersertamu
Akulah rindumu akulah mimpi indahmu
Yang terakhir dalam pencarianmu – Ungu ; Akulah Cintamu
 
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga – Eren Kangen Band ; Takkan Pisah
 
Puteri di pintu mahligai
Kulihat kasihmu melambai
Walaupun jauh tapi jelas
Jiwaku menyentuh jiwamu – Iklim ; Di Pintu Mahligai
 
Peluk erat tubuhku
Sentuhlah jemariku
Rebahkan sayap-sayap patahmu
Dan terbanglah bersamaku
‘tuk melintasi langit ke tujuh – Kangen Band ; Terbang Bersamaku
 
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya – Ungu ; Cinta Dalam Hati

Ahli Kumpulan Voguelicious

Posted in Uncategorized on May 18, 2010 by efah

Kejadian video baru-baru ini yang melibatkan seorang anggota kumpulan VOGUELICIOUS iatu afiz telah membuat semua orang yang telah melihat video itu membencinya . Dia telah berkelakuan agak zalim terhadap perempuan tersebut . Saya rasa dia tidak patut membuat sedemikian kerana seorang lelaki tidak harus meletakkan tangan terhadap seorang wanita meskipun wanita itu munggkin telah menyinggungnya . Dia meletakkan video beliau di facebook untuk memalukan wanita tersebut tetapi akhirnya dia yang menanggung malu kerana ramai orang yang tidak suka dengan perbuatannya itu . Saya rasa  dia patut didenda atau dihukum kerana membuat perkara sedemikian .

tokoh wanita ;D

Posted in Uncategorized on April 19, 2010 by efah

Yang Berbahagia Tan Sri Datin Sri Cempaka Kontik Kamariah telah dilahirkan di Kampung Seputih, Kuala Lumpur, pada 5 Ogos 1911. Beliau telah berkahwin dengan Encik Bahadun Haji Hassan (Allahyarham) iaitu bekas Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan yang meninggal dunia pada 28 Julai 1980. Mereka mempunyai dua orang anak. Beliau adalah anak kepada Allahyarham Ahmad Panglima Garang Ishak, bekas Penghulu Kuala Lumpur. Beliau telah menuntut hingga tamat darjah lima di Sekolah Melayu Seputih, Kuala Lumpur di antara tahun 1919 hingga 1923. Di peringkat menengah pula beliau bersekolah di Methodist Girls School, Kuala Lumpur sehingga lulus Senior Cambridge pada 1928. Beliau merupakan wanita Melayu pertama yang lulus peperiksaan Senior Cambridge. Seterusnya beliau mengikuti kursus perguruan di English Normal Teachers’ Training Centre dan juga wanita Melayu pertama mengikuti kursus tersebut di Victoria Institution pada tahun 1932. Pada tahun 1929 hingga 1931 beliau telah bertugas sebagai guru pelatih bahasa Inggeris di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur. Dalam tahun 1932, beliau menjadi Inspektor Sekolah Melayu Perempuan Kampung Baru dan dilantik menjadi Penyelia Sekolah-sekolah Melayu Negeri Selangor yang pertama dari 1945 hingga 1948. Sebagai isteri duta pula beliau sentiasa menemani suaminya ke luar negara, iaitu antara tahun 1957 hingga 1968.

Beliau telah menjadi Kapten bagi Pasukan Pandu Puteri Sekolah Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1939. Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Rayuan Penapis Filem Negara dan pada tahun 1979 menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis Daerah Gombak. Selepas suami beliau meninggal dunia beliau telah mengusahakan syarikat pelancongan. Pada tahun 1953 telah mendapat anugerah British Empire Medal (B.E.M) oleh kerajaan Inggeris. Kerajaan Negeri Selangor telah menganugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) pada tahun 1964 dan Jaksa Pendamai (J.P) dalam tahun1969. Pada 8 Mac 1979, menjadi wanita pertama dilantik oleh DYMM Sultan Selangor menjadi Orang Kaya Maha Bijaya Gombak yang dikenali dengan gelaran Orang Besar Daerah Gombak iaitu “Datin Sri Cempaka��?. Pada tahun 1990, pula mendapat Anugerah Wanita Cemerlang Avon-Tan Sri Fatimah. Beliau juga dianugerahi Pingat Kenangan Bakti Guru Melayu Selangor oleh Persatuan Sejarah Malaysia Selangor dan Tokoh Warga Tua Wanita oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 1992. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengurniakan bintang Panglima Setia Mahkota (P.S.M) kepada beliau dengan gelaran “Tan Sri��? dan kemudian Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A) yang membawa gelaran “Datin Paduka��?.

 

Saya telah mempelajari bahawa wanita melayu boleh mencapai kejayaan apabila mereka berusaha dengan gigih.Kami tidak boleh berputus asa apabila dalam rintangan yang susah.Saya amat bangga dengan Hajah Kontik Kamariah kerana beliau adalah wanita melayu pertama yang mengikuti kursus perguruan bahasa Inggeris.Beliau juga seorang isteri yang baik kerana beliau mengikuti suaminya ke luar negeri selama beberapa tahun.Beliau juga telah meraih banyak kejayaan.Saya amat bangga dengan nya.

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm02&spesifik_id=343&ttl_id=7

Azam Saya Untuk Semester Depan

Posted in Uncategorized on May 21, 2009 by efah

Saya berazam untuk mendapat markah yang lebih tinggi pada semester depan . Saya ingin mengulangkaji mata pelajaran yang saya lemah seperti matematiks. Saya mahu mendapat markah yang lebih tinggi. Semester ini saya dapat A2 untuk subjek Melayu .  Saya ingin mencuba gred A1 pada semester hadapan pula. Saya ingin memberi penuh perhatian apabila guru sedang mengajar.Saya tidak percaya apabila saya dapat markah yang rendah dalam subjek Ingggeris pada semester ini . Saya ingin mengulangkaji semua mata pelajaran supaya mendapatkan markah yang cemerlang pada semester hadapan !

:D :D :D :D

Sajak Untuk Ibu (: (:

Posted in Uncategorized on May 5, 2009 by efah

Ibu ,

Kau seorang insan berhati mulia ,

kau seorang serikandi yang hebat ,

kau seorang manusia yang tak bisa aku balas budimu .

Ibu ,

budimu bak membina gunung untukku ,

budimu mengandung,menyusu dan membesarkanku,

kau sanggup bertarung nyawa untuk aku melihat dunia ,

itu semua tidak dapat aku membalasnya duhai ibuku .

Ibu ,

 Pesanku tidak pernah ku lupai ,

 Jangan tinggalkan aku sendirian ,

di dunia yang penuh kepura-puraan ,

dunia yang penuh cabaran dan dugaan.

Ibu ,

tanpamu disisiku ,

aku tak bisa melayan kehidupan ini dengan tenang ,

aku tak mahu engkau pergi ibu ,

tapi mampukah aku melawan qada dan qadar Allah ,

melawan azali yang ditetapkan .

Ibu ,

sebelum dikau pergi di alam fana ini ,

ampunilah dosaku duhai ibu ,

kaulah permata yang tak bisa aku lupakan ,

aku mendoakan dirimu sentiasa bahagia di sisi-Nya ,

Ibu ,

kaulah serikandi hatiku ,

dikau tidak akan luput dari ingatanku ,

diambil dari : http://www.scribd.com/doc/6988703/sajak-ibu

Sajak ini bermaksud bahawa seorang wanita yang digelar ibu selalunya amat baik dan penyayang orangnya.Ibu menolong kami apabila dalam kesusahan.Kami sebagai anak tak dapat membalas budi ibu kami yang sanggup bertaruh nyawa untuk kami.Sebelum ibunya pergi,penulis ini mahu ibunya mengampunkan dosanya.Ibunya akan sentiasa di hatinya.

MAWAS (!)

Posted in Uncategorized on March 9, 2009 by efah

Orang Mawas atau Mawas (juga dikenali sebagai Orang Dalam) didakwa sebagai hominid cryptid dikatakan tinggal di kawasan perhutanan Johor di Malaysia. Ia dijelaskan dengan ketinggian 10 ft (2.4-3 m), bipedal, ditutupi dengan bulu hitam, dan telah dilihat memakan ikan, dan merosakkan kebun.

Telah ada banyak laporan kelihatan sejak 1950an, dan pada 1995 di Johor trek besar dengan empat kaki dilaporkan.[1] Pada November 2005 satu penemuan yang banyak dipublisikan berlaku apabila seorang budak berjalan berhampiran Sungai Kinchin. Kemudian tapak kaki seperti manusia ditemui, termasuk satu 18 in (46 sm) panjangnya. Sebuah gambar tapak kaki baru dapat dinampak di tar, disifatkan ke Mawas, telah dicetak dalam suratkhabar Malaysia pada Januari 2006. Sebuah pasukan kerajaan telah mencari untuk bukti lanjut dari Mawas. Pada lewat Januari 2006, pihak berkuasa di Johor mengumumkan suatu ekspedisi rasmi untuk membuktikan kewujudan makhluk ini, membuatkan ia negara pertama mempunyai pemburuan khas untuk hominid bermisteri. Sebuah cerita berita pada Cryptomundo.com mengatakan yakni Orang Mawas telah ditangkap di Johor pada ekspedisi Johor, seperti dilaporkan pada April 19, 2006 dalam Berita Harian, tepai laporan rasmi yang dikeluarkan Bernama menafikannya

Beruang Koala (: (: (: (: (: (:

Posted in Uncategorized on February 17, 2009 by efah

Orang ramai selalau menyangka Koala adalah haiwan yang manja. Tanggapan ini sebenarnya salah! Meskipun koala kelihatan comel tetapi ia boleh menjadi sangat agresif dan mengakibatkan kecederaan menerusi gigi dan kukunya yang tajam. Oleh itu, sekiranya kamu berpeluang memegang koala,berhati-hatilah. Jika tidak kamu akan mudah tercedera.

FAKTA 2

Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat. Alasan mereka dipanggil beruang koala kerana rupanya seperti beruang ‘reddy’.

FAKTA 3


Koala merupakan haiwan paling pemalas di dunia. Kadangkala haiwan ini boleh tidur selama 22 jam.

FAKTA 4

Koala mempunyai telinga dan hidung yang besar manakala koala betina mempunyai kantung. Seekor koala dewasa boleh membesar sehingga 27-36 inci panjang. Koala terbesar seberat 10kg telah dijumpai di Victoria manakala yang terkecil telah ditemui di Queensland dengan berat Cuma 5 kg.

FAKTA MENARIK

Terdapat hari khas yang di panggil ‘Hari Selamatkan Koala’ yang diadakan pada setiap 31 Julai di Australia. Ia diadakan khas untuk memperingati beruang koala yang semakin hari semakin pupus. Ia juga memupuk semangat lebih menyayangi dan memelihara koala di kalangan masyarakat Australia.

FAKTA 1.

Nama saintifik bagi beruang koala adalah ‘ Phasclarctos Cinereus’. Ia merupakan sejenis haiwan mamalia yang banyak terdapat di Australia, terutamanya di Tasmania dan Victoria.

Kami boleh melindungi binatang ini dengan menjaga mereka dengan baik.Jangan merosakkan rumah mereka dengan memotong pokok-pokok.

KEBAYA NYONYA :D

Posted in Uncategorized on February 5, 2009 by efah

images1Fesyen kebaya nyonya yang terhasil dari cantuman budaya yang berkembang pada pendatang awal peranakan Cina (Baba dan Nyonya) suatu ketika dahulu. Ini kerana cara hidup mereka banyak dipengaruhi oleh dua budaya iaitu kebudayaan Cina dan Melayu. Golongan Baba dan Nyonya ini telah berkembang di sekitar Selat Melaka iaitu Penang, Singapura dan Melaka

Baju kebaya nyonya biasanya akan dipadankan bersama kain batik sarung ataupun kain batik lepas yang diikat kemas.

images2Asas bagi sepasang baju kebaya nyonya adalah ringkas reka bentuk sulam pada bahagian lapik kain. Sulaman ini adalah hasil campuran motif bunga, figura atau geometri yang disulam dengan jahitan satin zig zag, lubang butang dan tebuk  lubang .

Pakaian basahan ataupun duduk rumah biasanya menggunakan fabrik dari kain rumbia berpetak, bergaris atau berbintik yang dihiasi dengan sedikit sulaman berkelok. Aksesori dan barang kemas yang dipakai adalah minimum dan praktikal.

Pada tahun 1950-an, pemakaian kebaya nyonya telah menjadi tumpuan fesyen dan digemari oleh semua lapisan masyarakat. Sekarang ,golongan wanita yang memakianya  sama ada untuk ke tempat kerja ataupun majlis-majlis rasmi. Pakaian ini juga menjadi pilihan personaliti filem pada ketika itu.
Kini, fesyen kebaya nyonya sekali lagi menjadi pilihan ramai. Rekaannya yang telah dipelbagaikan dan dimodenkan sesuai dengan perkembangan fesyen masa kini. ia lebih dikenali dengan nama ‘Kebaya Nyonya Splendour’. Fabrik yang digunakan juga lebih pelbagai antaranya dari jenis renda, sutera, satin dan sebagainya. Pemilihan padanan kain tetap sama iaitu dari jenis batik sarung ataupun yang batik lepas.


images4Pada tahun 1930-an, baju kebaya nyonya yang dijahit renda telah menjadi tumpuan fesyen golongan ini dengan potongan yang lebih ketat serta dua kepingan kain berbentuk segi tiga di hadapan dijadikan sebagai lapik.

bersih dan indah

Posted in Uncategorized on January 22, 2009 by efah

jangan-membuang-sampah-sembarangan2

Posted in Uncategorized on January 8, 2009 by efah

1. Masalah-masalah yang dihadapi apabila menaiki perkhidmatan awam

-Ada penumpang-penumpang yang tidak mahu memberi tempat duduk mereka kepada oramg-orang yang memerlukan seperti penumpang-penumpang yang tua,wanita mengandung dan kanak-kanak kecil.

-Bas tambang sekarang lebih mahal .

-Tempat duduk tidak mencukupi.

-Orang membawa barang yang tidak enak bila dihidu seperti durian.

-Susah untuk bergerak dan berjalan di dalam bas kerana tidak ada cukup ruang.

-Orang suka membuang sampah sembarangan.

-Orang yang tidak mahu tutup kereta sorong mereka apabila menaiki bas.

2. Berikan saranan atau idea bagaimana masalah-masalah ini dapat ditangani.

-Membuat bas yang lebih besar untuk menampung lebih banyak penumpang.

-Kita boleh denda mereka yang membawa makanan-makanan yang tidak berbau enak.

-Memberi denda yang agak tinggi harganya supaya penumpang takut utuk membuang sampah sembarangan.

-Mereka boleh membuat lebih banyak bas tingkat.

-Suruh pemandu bas marah mereka yang tidak mahu tutup kereta sorong anak mereka.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.