KEBAYA NYONYA :D

images1Fesyen kebaya nyonya yang terhasil dari cantuman budaya yang berkembang pada pendatang awal peranakan Cina (Baba dan Nyonya) suatu ketika dahulu. Ini kerana cara hidup mereka banyak dipengaruhi oleh dua budaya iaitu kebudayaan Cina dan Melayu. Golongan Baba dan Nyonya ini telah berkembang di sekitar Selat Melaka iaitu Penang, Singapura dan Melaka

Baju kebaya nyonya biasanya akan dipadankan bersama kain batik sarung ataupun kain batik lepas yang diikat kemas.

images2Asas bagi sepasang baju kebaya nyonya adalah ringkas reka bentuk sulam pada bahagian lapik kain. Sulaman ini adalah hasil campuran motif bunga, figura atau geometri yang disulam dengan jahitan satin zig zag, lubang butang dan tebuk  lubang .

Pakaian basahan ataupun duduk rumah biasanya menggunakan fabrik dari kain rumbia berpetak, bergaris atau berbintik yang dihiasi dengan sedikit sulaman berkelok. Aksesori dan barang kemas yang dipakai adalah minimum dan praktikal.

Pada tahun 1950-an, pemakaian kebaya nyonya telah menjadi tumpuan fesyen dan digemari oleh semua lapisan masyarakat. Sekarang ,golongan wanita yang memakianya  sama ada untuk ke tempat kerja ataupun majlis-majlis rasmi. Pakaian ini juga menjadi pilihan personaliti filem pada ketika itu.
Kini, fesyen kebaya nyonya sekali lagi menjadi pilihan ramai. Rekaannya yang telah dipelbagaikan dan dimodenkan sesuai dengan perkembangan fesyen masa kini. ia lebih dikenali dengan nama ‘Kebaya Nyonya Splendour’. Fabrik yang digunakan juga lebih pelbagai antaranya dari jenis renda, sutera, satin dan sebagainya. Pemilihan padanan kain tetap sama iaitu dari jenis batik sarung ataupun yang batik lepas.


images4Pada tahun 1930-an, baju kebaya nyonya yang dijahit renda telah menjadi tumpuan fesyen golongan ini dengan potongan yang lebih ketat serta dua kepingan kain berbentuk segi tiga di hadapan dijadikan sebagai lapik.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.