Orang ramai selalau menyangka Koala adalah haiwan yang manja. Tanggapan ini sebenarnya salah! Meskipun koala kelihatan comel tetapi ia boleh menjadi sangat agresif dan mengakibatkan kecederaan menerusi gigi dan kukunya yang tajam. Oleh itu, sekiranya kamu berpeluang memegang koala,berhati-hatilah. Jika tidak kamu akan mudah tercedera.
FAKTA 2

Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat. Alasan mereka dipanggil beruang koala kerana rupanya seperti beruang ‘reddy’.
FAKTA 3
Koala merupakan haiwan paling pemalas di dunia. Kadangkala haiwan ini boleh tidur selama 22 jam.
FAKTA 4

Koala mempunyai telinga dan hidung yang besar manakala koala betina mempunyai kantung. Seekor koala dewasa boleh membesar sehingga 27-36 inci panjang. Koala terbesar seberat 10kg telah dijumpai di Victoria manakala yang terkecil telah ditemui di Queensland dengan berat Cuma 5 kg.
FAKTA MENARIK
Terdapat hari khas yang di panggil ‘Hari Selamatkan Koala’ yang diadakan pada setiap 31 Julai di Australia. Ia diadakan khas untuk memperingati beruang koala yang semakin hari semakin pupus. Ia juga memupuk semangat lebih menyayangi dan memelihara koala di kalangan masyarakat Australia.
FAKTA 1.
.jpg)
Nama saintifik bagi beruang koala adalah ‘ Phasclarctos Cinereus’. Ia merupakan sejenis haiwan mamalia yang banyak terdapat di Australia, terutamanya di Tasmania dan Victoria.
Kami boleh melindungi binatang ini dengan menjaga mereka dengan baik.Jangan merosakkan rumah mereka dengan memotong pokok-pokok.
Like this:
Be the first to like this post.
This entry was posted on February 17, 2009 at 5:22 am and is filed under Uncategorized . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed
You can leave a response, or trackback from your own site.